Selamat Mengulangkaji Kepada Semua Murid Tingkatan 3 dan 5 yang bakal menghadapi PT3 dan SPM 2015! Fokus dan jangan tinggal solat .

Jumaat, 25 Februari 2011

Semakan Permohonan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012


Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pelajar yang memohon ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012 boleh membuat kemaskini permohonan masing-masing melalui Aplikasi Semakan Permohonan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012 mulai 21 Februari 2011 sehingga 6 Mac 2011 di laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia.
Harap maklum, terima kasih

Selasa, 8 Februari 2011

PERMOHONAN PROGRAM PRAUNIVERSITI SESI 2011/2012
SEKOLAH SUKAN MALAYSIA
KEMETERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Tarikh Permohonan dibuka 07 Februari 2011

Cara Memohon
Secara atas talian (on-line) di laman sesawang KPM:
www.moe.gov.my

Syarat-syarat

SYARAT KEMASUKAN KE PROGRAM PRAUNIVERTSITI KPM

1.0 SYARAT-SYARAT AM

1.1 Mewakili negara/berpotensi mewakili negara.
1.2 Telah menduduki peperiksaan SPM dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
1.3 Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan.
1.4 Aktif dalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan dan diiktiraf Majlis Sukan Negara dan persatuan sukan kebangsaan.
1.5 Lulus temuduga oleh jawatankuasa pemilih jika diperlukan.

2.0 SYARAT-SYARAT KHAS

A. ALIRAN SAINS
1. Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik Moden dan
2. Lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran daripada yang berikut :
i. Biologi
ii. Fizik
iii. Kimia
iv. Matematik Tambahan
v. Teknologi Maklumat
vi. Perdagangan
vii. Ekonomi Asas
viii. Prinsip Akaun
ix. Bahasa Inggeris
x. Lukisan Kejuruteraan
xi. Rekacipta
xii. Teknologi Kejuruteraan

B. ALIRAN SASTERA IKHTISAS

1. Sekurang-kurangnya lulus dalam Matematik Moden dan
2. Lulus 2 mata pelajaran berikut :
i. Perdagangan
ii. Ekonomi Asas
iii. Prinsip Akaun
iv. Bahasa Inggeris
v. Lukisan Kejuruteraan
vi. Rekacipta
vii. Teknologi Kejuruteraan
viii. Sains Tambahan
ix. Teknologi Maklumat
x. Biologi
xi. Fizik
xii. Kimia
xiii. Sains Sukan

Dokumen Permohonan

1. Borang permohonan ( diisi secara atas talian dan dicetak) yang lengkap dengan laporan Jurulatih
2. Salinan kad pengenalan yang disahkan
3. Salinan sijil-sijil akademik yang disahkan
4. Salinan sijil-sijil berkaitan sukan yang disahkan

Semua permohonan yang lengkap dengan dokumen sokongan perlu dihantar ke alamat berikut:

Pengarah
Bahagian Sukan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1 & 7 Blok E13
Kompleks Kerajaan Parcel E
62604 Putrajaya
Pegawai Bertanggungjawab
Puan Norhamimi binti Othman
Emel : norhamimi@moe.gov.my
Tel : 03-8884 1035
Faks : 03-8884 1034