JAWATANKUASA PELANCARAN PROGRAM BUDAYA SALAM
TARIKH:28 JUN2010
MASA:8.00-9.00AM
TEMPAT:TAPAK PERHIMPUNAN
ADAB DI DALAM KELAS : MULA SESI P&P
- Guru masuk ke dalam kelas.
- Semua pelajar berdiri dan ketua kelas mengetuai ucapan salam untuk guru Islam @ ucapan selamat sejahtera untuk guru bukan Islam.
- Ucapan ketua kelas : “Semua bangun.”
- Ketua kelas pastikan semua pelajar sudah berdiri.
- Ucapan ketua kelas : “Assalamualaikum cikgu.”/ “Selamat sejahtera cikgu”
- Ucapan semua pelajar : “Assalamualaikum cikgu.”/ “Selamat sejahtera cikgu”
- Guru menjawab ucapan salam @ ucapan selamat sejahtera.
- Ketua kelas memimpin bacaan doa untuk memulakan P&P dan semua pelajar membaca doa bersama-sama.
- Selesai membaca doa, guru memberi keizinan kepada semua pelajar untuk duduk.
- P&P mula dijalankan.
ADAB DI DALAM KELAS : TAMAT SESI P&P
- Ketua kelas mengarahkan semua pelajar berdiri.
- Ucapan ketua kelas : “Semua bangun”.
- Ketua kelas pastikan semua pelajar sudah berdiri.
- Ucapan ketua kelas : “Terima kasih cikgu.”
- Ucapan semua pelajar : “Terima kasih cikgu.”
- Ucapan guru : “Terima kasih semua, jumpa lagi”.
- Semua pelajar menadah tangan dan membaca Surah Al-Asr.
- Pelajar lelaki bersalaman dengan guru lelaki / Pelajar perempuan bersalaman dengan guru perempuan (setiap kali tamat waktu P&P).
- Guru keluar dari kelas.
- Waktu terakhir P&P setiap hari, pelajar akan bersalaman guru dan rakan-rakan. Pelajar lelaki bersalaman dengan pelajar lelaki dan pelajar perempuan bersalaman dengan pelajar perempuan.
ADAB BERTEMU DENGAN TETAMU / PELAWAT / GURU DILUAR KELAS
- Pelajar perlu memberi salam kepada tetamu / pelawat / guru beragama Islam, atau mengucapkan selamat sejahtera kepada tetamu / pelawat / guru bukan beragama Islam.
- Ucapan pelajar ketika bertemu guru:
- Ucapan pelajar : “Assalamulaikum cikgu.”
- Ucapan pelajar kepada tetamu atau pelawat :
- Ucapan pelajar : “Assalamulaikum tuan/puan.”/ “Selamat sejahtera tuan/puan.”
- Ucapan pelawat : “ Wa’alaikumsalam.” / “Selamat sejahtera.”
- Ucapan pelajar : “ Selamat pagi tuan/puan, boleh saya bantu?”
- Tindakan pelajar : Mengiringi tetamu ke pejabat sekolah sekiranya tetamu ingin berjumpa dengan guru atau staf sekolah.
- Jika pelajar berjalan berkumpulan, hanya seorang wakil (pelajar yang berada di hadapan) perlu memberi salam, bersalaman dan menawarkan khidmat pertolongan kepada tetamu dan pelawat.