Selamat Mengulangkaji Kepada Semua Murid Tingkatan 3 dan 5 yang bakal menghadapi PT3 dan SPM 2015! Fokus dan jangan tinggal solat .

Rabu, 30 Jun 2010






PROGRAM: CEREMAH KESELAMATAN JALAN RAYA
TARIKH: 30 JUN 2010
MASA: 8.00-10.00AM
TEMPAT:DEWAN BESTARI

Isnin, 28 Jun 2010


JAWATANKUASA PELANCARAN PROGRAM BUDAYA SALAM

TARIKH:28 JUN2010
MASA:8.00-9.00AM
TEMPAT:TAPAK PERHIMPUNAN




ADAB DI DALAM KELAS : MULA SESI P&P

  1. Guru masuk ke dalam kelas.
  2. Semua pelajar berdiri dan ketua kelas mengetuai ucapan salam untuk guru Islam @ ucapan selamat sejahtera untuk guru bukan Islam.

- Ucapan ketua kelas : “Semua bangun.”

- Ketua kelas pastikan semua pelajar sudah berdiri.

- Ucapan ketua kelas : “Assalamualaikum cikgu.”/ “Selamat sejahtera cikgu

- Ucapan semua pelajar : “Assalamualaikum cikgu.”/ “Selamat sejahtera cikgu

  1. Guru menjawab ucapan salam @ ucapan selamat sejahtera.
  2. Ketua kelas memimpin bacaan doa untuk memulakan P&P dan semua pelajar membaca doa bersama-sama.
  3. Selesai membaca doa, guru memberi keizinan kepada semua pelajar untuk duduk.
  4. P&P mula dijalankan.

ADAB DI DALAM KELAS : TAMAT SESI P&P

  1. Ketua kelas mengarahkan semua pelajar berdiri.

- Ucapan ketua kelas : “Semua bangun”.

- Ketua kelas pastikan semua pelajar sudah berdiri.

- Ucapan ketua kelas : “Terima kasih cikgu.”

- Ucapan semua pelajar : “Terima kasih cikgu.”

- Ucapan guru : “Terima kasih semua, jumpa lagi”.

  1. Semua pelajar menadah tangan dan membaca Surah Al-Asr.
  2. Pelajar lelaki bersalaman dengan guru lelaki / Pelajar perempuan bersalaman dengan guru perempuan (setiap kali tamat waktu P&P).
  3. Guru keluar dari kelas.
  4. Waktu terakhir P&P setiap hari, pelajar akan bersalaman guru dan rakan-rakan. Pelajar lelaki bersalaman dengan pelajar lelaki dan pelajar perempuan bersalaman dengan pelajar perempuan.

ADAB BERTEMU DENGAN TETAMU / PELAWAT / GURU DILUAR KELAS

  1. Pelajar perlu memberi salam kepada tetamu / pelawat / guru beragama Islam, atau mengucapkan selamat sejahtera kepada tetamu / pelawat / guru bukan beragama Islam.
  2. Ucapan pelajar ketika bertemu guru:

- Ucapan pelajar : “Assalamulaikum cikgu.”

  1. Ucapan pelajar kepada tetamu atau pelawat :

- Ucapan pelajar : “Assalamulaikum tuan/puan.”/ “Selamat sejahtera tuan/puan.”

- Ucapan pelawat : “ Wa’alaikumsalam.” / “Selamat sejahtera.”

- Ucapan pelajar : “ Selamat pagi tuan/puan, boleh saya bantu?”

- Tindakan pelajar : Mengiringi tetamu ke pejabat sekolah sekiranya tetamu ingin berjumpa dengan guru atau staf sekolah.

  1. Jika pelajar berjalan berkumpulan, hanya seorang wakil (pelajar yang berada di hadapan) perlu memberi salam, bersalaman dan menawarkan khidmat pertolongan kepada tetamu dan pelawat.


Khamis, 24 Jun 2010




PERTANDINGAN KUIZ MUTIARA PERINGKAT WILAYAH/ZON

TARIKH: 24.JUN 2010
TEMPAT:SK JELAI 1

3 orang pelajar tingkatan 3UIAM telah dipilih untuk menyertai pertandingan KUIZ MUTIARA anjuran bersama FELDA dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar yang mewakili zon Jelai kategori sekolah menengah ialah Nurul Naziefa, Murni dan Athirah. Keputusan pertandingan belum diketahui . Para pemenang akan dimaklumkan sedikit masa lagi dan akan mewakili Wilayah Raja Alias untuk terus ke peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di MRSMF di Trolak Perak.

Jumaat, 4 Jun 2010






SUASANA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010

Semua pelajar tingkatan 5 mengambil PPT di Dewan Bestari manakala tingktan 1,2,3 &4 di dalam kelas masing-masing