Selamat Mengulangkaji Kepada Semua Murid Tingkatan 3 dan 5 yang bakal menghadapi PT3 dan SPM 2015! Fokus dan jangan tinggal solat .

Sabtu, 5 Disember 2009

PENDAFTARAN & MINGGU MESRA ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2010

TENTATIF PROGRAM

30.12.09/RABU

8.30-10.00 pg Pendaftaran pelajar baru (T.1)
10.00-10.30 pg Taklimat Pengetua
10.30-11.30 pg Parenting
11.30 pg Bersurai

4.1.10/ ISNIN

8.00-2.30 pg Perhimpunan Rasmi dan P&P

5.1.10/SELASA

7.30-8.00 pg Perhimpunan pagi & ambil kedatangan
Pemeriksaan disiplin
Pelajar ke Dewan
Taklimat Program

8.00–9.00 pg Taklimat Pengetua
9.00-10.00 pg Taklimat Kurikulum
10.00-10.30 pg REHAT
10.30-11.30 pg Taklimat HEM
11.30- 12.30tgh Taklimat Kokurikulum
12.30-1.30 ptg Penghayatan Al-Asmaul husna/Solat Zohor
1.30-2.30 ptg Pengurusan kelas
-pelantikan JK Kelas , buat carta
organisasi kelas , pembersihan
kelas & doa
-mematuhi laluan balik


6.1.10/RABU

7.30-8.00 pg Perhimpunan Pagi
ambil kedatangan
pemeriksaan disiplin

8.00-9.00 pg Taklimat disiplin 1
9.00-10.00 pg Taklimat PSS
10.00-10.20 pg REHAT
10.20-11.00 pg Taklimat SPBT
11.00-12.00 tgh Penghayatan Visi dan Misi Sekolah
Belajar lagu sekolah

12.00-1.00 tgh Ceramah
"Peranan Remaja sekolah & cabaran"

1.00-1.45 ptg Penghayatan Al-Asmaul Husna,Solat Zohor & tazkirah
1.45-2.30 ptg pengurusan kelas
-Keceriaan kelas,pembersihan kelas & doa
-mematuhi laluan balik


7.1.10/KHAMIS

7.30-8.00 pg Perhimpunan Pagi
ambil kedatangan
pemeriksaan disiplin

8.00-9.00 pg Taklimat UBK
Ujian keperluan / rekod profil pelajar

9.00-10.00 pg Ceramah Kesihatan/kebersihan
Penceramah luar

10.00-10.20 pg REHAT
10.20-1.00 ptg Pengagihan SPBT
1.00-1.45 tgh Solat Zohor/ tazkirah
1.45-2.30 ptg Pengurusan kelas
-Pengurusan pelajar, keceriaan kelas,
Pembersihan kelas & doa
-mematuhi laluan balik


8.1.10/JUMAAT

7.30-8.30 pg Bacaan Yassin
Tazkirah
Ambil Kedatangan

8.30-9.00 pg Taklimat disiplin 2
Pemeriksaan disiplin

9.00-10.00 pg Ceramah agama
-Adab belajar

10.00-10.20 pg REHAT
10.20-11.20 pg LDK Pengucapan awam
11.20-12.05 tgh Ikrar,Ujian Penilaian & Rumusan
-Balik

TARIKH TUTUP PERMOHONAN IPTA FASA 1

Pengisian maklumat peribadi dalam permohonan IPTA Fasa 1 akan berakhir pada 31 Disember 2009.Harap pelajar tingkatan 5 yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat asasi/ pra/ diploma di manana-mana IPTA yang dipilih dapat membuat permohonan secara online sebelum tarikh tutup tersebut.

Jika tak sempat membeli unik ID dengan cikgu,pelajar boleh beli sendiri secara individu di BSN pada 1.2.2010.

Tarikh permohonan fasa 2 pada 2.2.2010 hingga 30.3.2010
Tarikh tutup permohonan pada 30.3.2010

Selasa, 20 Oktober 2009

Program Selepas PMR 2009 - Minggu Kedua

Isnin (19 Okt) 8-10pg Ceramah SM Teknik, 10.30-1ptg Taklimat Pakej Matapelajaran T4/Bidang Bahasa, 1-2ptg Solat Zohor & Tazkirah Selasa (20 Okt) 8-10pg Senamrobik/Akt Panitia PJK, 10-1ptg Taklimat Bidang Teknik & Vokasio

Khamis, 15 Oktober 2009

Program Selepas PMR SMK Jelai (F) 2009 - Minggu Pertama

MINGGU 1

14 Okt 2009 (Rabu)
07.20- 07.45 pg Perhimpunan harian, mengambil kedatangan murid
07.45- 09.00 pg Watikah Kenaikan Pangkat Unit-unit Beruniform
10.30- 01.00 ptg Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 2009
01.00- 02.00 ptg Solat Zohor berjemaah, tazkirah

15 Okt 2009 (Khamis)
07.20- 07.30 pg Perhimpunan harian, mengambil kedatangan murid
07.30- 07.45 pg English Day Session
08.00- 10.00 pg Taklimat Program Selepas PMR
10.00- 10.30 pg Rehat
10.30- 11.30 pg Ice Breaking
11.30- 01.00 ptg Soal-selidik Inventori Personaliti Sidek (IPS)
01.00- 02.00 ptg Solat Zohor berjemaah, tazkirah

16 Okt 2009 (Jumaat)
07.20- 08.10 pg Bacaan Yaasin, Solat Hajat, Solat Dhuha
08.10- 08.45 pg Taklimat Pengetua/ Informasi UBK
08.45- 09.50 pg Tayangan Video 1
09.50- 10.10 pg Rehat
10.10- 12.10 tgh Soal Selidik Inventori Personaliti Warna (IPW)

Isnin, 12 Oktober 2009

Jalinan Mesra Aidilfitri 2009

SMK Jelai (Felda), Gemas, Negeri Sembilan akan mengadakan sambutan hari raya, iaitu Jalinan Mesra Aidilfitri 2009 pada 14 Oktober 2009 (Rabu). Program ini dirancang bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara murid dan guru yang sedia terjalin, di samping salah satu usaha membudayakan sikap hormat-menghormati, kerjasama dan toleransi yang menjadi teras KEMPEN HORMAT dan SALAM 2009.

Murid-murid dikehendaki sama-sama membawa kuih-muih ataupun juadah raya dari rumah sekiranya ada dan masing-masing perlu membawa pinggan, cawan, sudu dan garpu sendiri untuk makanan yang disediakan.

Walaupun murid dan guru dibenarkan memakai baju raya masing-masing, namun, kesantunan dan kesopanan dalam etika berpakaian haruslah diikuti:-
1. Murid lelaki dikehendaki memakai baju melayu lengkap bersamping, manakala murid perempuan berbaju kurung (tidak menampakkan aurat dan susuk tubuh) dan bertudung.
2. Semua murid dikehendaki memakai kasut. Selipar dan sandal tidak dibenarkan sama sekali.

Sabtu, 10 Oktober 2009

Lanjutan Tarikh Tutup Permohonan Matrikulasi 2010

Salinan daripada Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia:-

Lanjutan tarikh tutup Permohonan Program Matrikulasi Melalui Internet (PMI) Program Matrikulasi, KPM

Sukacita dimaklumkan Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia melanjutkan tarikh tutup Permohonan Program Matrikulasi Melalui Internet (PMI) dari 10 Oktober 2009 kepada 18 Oktober 2009.


Bahagian Matrikulasi
8 Oktober 2009

Jumaat, 9 Oktober 2009

SALAM AIDILFITRI DAN SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR, PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN DAN SPM

Pada kesempatan Syawal ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada warga SMK Jelai (Felda). Semoga Ramadhan yang berlalu memberikan seribu keinsafan diri dan dipanjangkan umur untuk bertemu semula dengannya di tahun hadapan.
Bulan Oktober ini juga turut dikenali sebagai bulan menghadapi peperiksaan. Justeru, Unit Bimbingan dan Kaunseling turut mengucapkan Selamat Menghadapi PMR, Peperiksaan Akhir Tahun dan SPM untuk tahun 2009. Semoga anda mendapat kejayaan yang cemerlang setimpal dengan usaha yang dilakukan...Insya'Allah!

Sabtu, 11 Julai 2009

MISI PERKHIDMATAN

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:

1. Menguruskan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan cekap dan berkesan.

2. Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran intelek (IQ), emosi yang tinggi (EQ) dan
berakhlak mulia (SQ)

3. Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik

4. Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberansangkan melalui program bimbingan dan
kaunseling

5.Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid

6.Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan murid.

VISI PERKHIDMATAN

VISI UBK SMK JELAI (F)

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah

KENALI GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING ANDA


PN. ROSILA BT. DAUD
Latar Belakang Pendidikan:
Sijil Perguruan (MPPM), 1981-1983
Bachelor Pend. Bimb. & Kaunseling (UPM), 1997-2000

PN. MAZNAH BT OTHMAN
Latar Belakang Pendidikan:
Sijil Perguruan (MPRM), 1975-1976
Bachelor Pend. Bimb. & Kaunseling– Minor Bahasa Melayu (UPM), 1995-1998



PROGRAM DAN AKTIVITI UBK SMK JELAI (FELDA) 2009

KURSUS KEPIMPINAN(28 FEBRUARI 2009)




Blog Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Jelai (F)

ALHAMDULILLAH...Laman blog ini dpt juga disediakan. Semoga dengan wujudnya laman blog ini, warga SMK Jelai (F), khususnya murid, mendapat manfaat daripada maklumat yg terdapat di blog ini. Adalah juga diharapkan, blog ini menjadi wadah yang lebih merapatkan warga SMK Jelai (F) & membina masyarakat yang seimbang daripada aspek rohani, emosi, jasmani, serta intelek.

BILIK UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING