Selamat Mengulangkaji Kepada Semua Murid Tingkatan 3 dan 5 yang bakal menghadapi PT3 dan SPM 2015! Fokus dan jangan tinggal solat .

Jumaat, 26 Februari 2010

MAJLIS CERAMAH KEIBUBAPAAN PENJAGA PELAJAR CALON PMR/SPM 2010





SMKJ(F) Gemas 25 Feb.-Masjid Felda Jelai 3 telah menjadi pilihan pihak sekolah untuk mengadakan majlis ceramah keibubapaan pada kali ini .Semua ibu bapa, pelajar dan penduduk di sekitar telah dijemput hadir ke majlis ini yang juga telah diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato' Hajjah Zainab bte Nasir ADUN kawasan Gemas dan wakil PPD Tampin iaitu Tn Hj Zainudin bin Mohd. Yusof . Penceramah yang telah dijemput hadir iaitu Ustaz Jaafar bin Muhammad dari konsultan Perdana, Seremban telah berjaya menarik perhatian para hadirin dengan pendekatannya yang bersahaja dan interaktif.

UBK dan BADAR SMKJ(F) ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini terutama kepada JK Masjid Jelai 3 yang bersedia bekerjasama dengan pihak sekolah pada bila-bila masa sahaja. Semoga amal kalian mendapat perhatian dan diberkati Allah.


Selasa, 9 Februari 2010

KURSUS KEPIMPINAN GERAK TERBILANG


SMK Jelai (F),Gemas, 9Feb.-UBK bersama JK Disiplin telah mengadakan kursus Kepimpinan Gerak Terbilang untuk melatih pengawas sekolah,pengawas PSS,PRS,pengerusi kelab/persatuan/sukan/unit berunifom dan semua ketua tingkatan untuk menjadi pemimpin yang disegani dan dihormati oleh rakan-rakan mereka di sekolah ini. Kursus ini telah diadakan pada 5 Februari hingga 6 Februari 2010 di Dewan Bestari SMK Jelai(f) iaitu selama 2 hari 1
malam. Kesemua pelajar yang menyertai kursus ini telah menunjukan komitmen yang baik sepanjang program dijalankan .

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua jawatankuasa program yang bertungkus-lumus sepanjang pengendalian program ini yang telah ditutup rasmi oleh Tuan Pengetua SMKJ(f). Diharapkan segala usaha ini dapat meningkatkan lagi keberkesanan kepemimpinan pelajar sekolah ini dalam melaksanakan tugas harian mereka.

Isnin, 1 Februari 2010

PROGRAM SKOR "A"

Penerima baucer skor "A" bersama PK Tadbir dan PK HEM SMK Jelai (F) Gemas

SMK JELAI(f),1 Februari (Isnin), UBK bersama Panitia Matapelajaran telah memberi penghargaan kepada pelajar yang berjaya mengekalkan gred A dan melakukan lonjakan markah dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2009 berbanding dengan Ujian Selaras 2 sebelum ini. Seramai 209 orang pelajar tingkatan 2,3 dan 5 tahun ini telah menerima baucer masing-masing bernilai RM10, RM5 atau RM 3 daripada PK Tadbir SMKJ(F) iaitu Tn Hj Kasim bin Abd. Samat.

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk meransang semua pelajar agar sentiasa berusaha mengejar kecemerlangan sejak tingkatan satu lagi dan bukannya belajar di saat akhir. Kami bagi pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada pelajar yang telah berjaya menyahut cabaran Tn Pengetua SMKJ(F) sekolah ini. Kepada pelajar yang belum berjaya diharap berusaha dengan lebih kuat lagi.