Selamat Mengulangkaji Kepada Semua Murid Tingkatan 3 dan 5 yang bakal menghadapi PT3 dan SPM 2015! Fokus dan jangan tinggal solat .

PSIKOSOSIAL




KEMPEN HORMAT DAN SALAM

HIKMAH SALAM DALAM KEHIDUPAN HARIAN

Sebaik-baik pergaulan di kalangan umat Islam ialah apabila bertemu saudaranya, dia menunjukkan tingkahlaku dengan perwatakan yang baik, manis muka serta menerima dengan penuh rasa gembira yang tidak terhingga. Reaksi seperti ini amat disukai oleh Allah dan Rasul-Nya, dan besar ertinya di sisi syariat Islam serta mendapat ganjaran pahala yang banyak. Rasulullah s.a.w. melarang umatnya menghina atau memandang rendah dan memperkecilkan orang lain ketika bertemu, dengan sabdanya: Jangan sekali-kali kamu menghinakan sesuatu yang baik dan kalaulah kamu bertemu saudaramu hendaklah dengan muka yang manis. (Riwayat Muslim)

Hikmah di balik hadis tersebut iaitu Rasulullah SAW menyuruh umatnya mengukir senyuman ketika bertemu dengan kawan atau sahabat dan juga sesama saudara dalam Islam. Kenapa? Karena dengan senyuman dapat mengeratkan tali persaudaraan. Mulailah sesuatu pekerjaan itu dengan senyuman, karana senyuman dapat menceriakan suasana dan mententeramkan. Cara Memberi Dan Menjawab Salam Serta Ganjarannya Amalan yang merupakan kemuliaan di sisi Allah ialah dengan memberi salam apabila bertemu di antara dua orang Islam. Perkara ini merupakan satu saranan oleh Allah ke atas hamba-Nya melalui firman-Nya: Apabila kamu diberi salam dengan sesuatu salam, maka balaslah salam itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah salam itu (dengan yang serupa).Surah Al-Nisa':ayat 86). Maksud dari salam itu dalam Islam ada beberapa macam: 1. As-Salamualaikum 2. As-Salamulaikum Warahmatullah 3. As-Salamulaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh. 

Melalui ayat tersebut Allah menyarankan agar hambanya mengamalkan ucapan yang baik ketika bertemu dengan saudara sesama Islam sebagai ungkapan rasa kasih sayamg dan peduli antara sesama kaum muslimin. Dalil yang menegaskan kenyataan di atas melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar: Bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW yang mana satu antara amalan dalam Islam itu lebih baik? Jawab Rasulullah, Kamu memberi makan kepada orang yang memerlukannya dan mengucapkan salam terhadap yang kamu kenal dan yang tidak kenal (Riwayat Bukhari Dan Muslim) 

Telah datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. dan berkata, Assalamualaikum. Maka Rasulullah menjawab salam kemudian dia duduk. Maka Rasulullah berkata sepuluh pahala .Kemudian datang yang lain memberi salam dengan berkata Assalamualaikum warahmatullah, lalu Rasulullah jawab salam tadi, dan berkata dua puluh pahala. Kemudian datang yang ketiga terus berkata Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Rasulullah pun menjawab salam tadi dan terus duduk, maka Rasulullah berkata tiga puluh pahala.(Riwayat Oleh Abu Daud Tarmizi: Hadis Hasan) Sekiranya kita renungi, maka akan kita dapati amat besar ganjaran pahala yang diberi oleh Allah kepada pemberi dan penerima salam yang telah diajarkan melalui sunnah Rasulullah SAW di samping dapat mempererat tali silaturrahim sesama Islam. 

Salam Dapat Menjaga Keutuhan Ummat Salam bermakna memberi keamanan. Sewaktu kalimat salam diucapkan terhadap seorang muslim, maka sesungguhnya dengan berkata demikian kita telah mendoakan agar dalam jiwanya mendapatkan ketenangan, ketenteraman, gembira dan bahagia sepanjang masa, begitu juga sebaliknya harapan dari yang menjawab terhadap pemberi salam. Dengan demikian terlerailah segala perasaan hasad dengki, dendam kesumat dan sebagainya, sebaliknya tersemai dan
terjalinlah perasaan persaudaraan antara satu sama lain. Kemanisan wajah yang tersenyum manis dan keramahan yang dipadukan dengan gerak- gerik beradab, sopan santun bersama kehalusan budi akan mengeratkan tali persaudaraan dengan adanya kalimat salam yang diucapkan. Maka di kala itu, bayangan persengketaan jauh sekali. Itulah amalan muslim ke arah keutuhan ummah. (Rujuk Al-Hafiz Zakiyuddin Abdul 'Azmi bin 'Abdul Qauni Al-Munzari 1987M) . 

Salam merupakan asas bagi setiap muslim dan muslimah yang perlu diketahui dan dijadikan pegangan serta amalan dalam pergaulan harian. Hukum memberikan salam itu adalah "sunat" dan Nabi Muhammad SAW melakukan demikian serta membiasakan diri dengan memberi salam. Namun hukum menjawab salam adalah "wajib" iaitu sekiranya tidak menjawab hukumnya berdosa. Maka di sini berdasarkan firman Allah yang tersebut di atas iaitu: Apabila kamu diberi salam dengan sesuatu salam, maka balaslah salam itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah salam itu (dengan yang serupa). (Surah Al-Nisa': 86). Melalui ayat ini Allah menyuruh kita mengucapkan sesuatu yang baik dan bermakna seperti salam atau seumpamanya yang menandakan salam terhadap orang lain seperti lambaian tangan dan sebagainya. Maka dengan itu kita hendaklah membalasnya dengan sebaik mungkin karena Allah Maha Mengetahui tentang segala yang dilakukan oleh hamba-Nya sama ada melalui amalan dan niat. 




PANDUAN HIDUP


1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

RAHSIA 13 


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.



“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…




TAZKIRAH RAMADHAN


Tajuk: Fadhilat Ramadhan
Tarikh : 13 Ogos 2010
Tempat : Tapak Perhimpunan, SMK Jelai (Felda)

Penceramah: Ustaz Rizal b Kemis (Guru Agama SMK Jelai (F))

Assalamualaikum.
Pujian untuk Allah dan selawat keatas nabi junjungan

Yang dihormati
Tuan pengetua : En. Omar b. Ahmad
Penolong Kanan Hem : En. Syed Nasir b. Syed Mohiden
Penolong Kanan Koko : En. Rahim b. Pendek
Guru-guru ketua bidang, guru-guru cemerlang, rakan-rakan guru seterusnya pelajar-pelajar dan anak-anak yang dikasihi.


Al-hamdulillah, Syukur kita panjatkan kehadrat Allah, pada pagi ini kita masih lagi diberi nafas untuk kita meneruskan kehidupan, dan alhamdulillah masih mendapat nikmat yang paling besar yang Allah kurniakan kepada kita iaitu nikmat iman dan islam. Dengan nikmat inilah, alhamdulillah,  kita dapat  sama-sama patuh dalam melaksanakan segala kefarduan, khususnya ibadah puasa sebagaimana yang diamanahkan oleh Allah kepada kita, dalam bulan ramadan al-mubarak ini.

1. Pelajar- pelajar yang dikasihi sekelian, Al-hamdulillah kini kita berada dibulan  ramadan al-mubarak, bulan yang sangat-sangat ditunggu dan disukai oleh rasulullah dan para sahabat kehadirannya, bulan yang penuh dengan kerahmatan,  bulan pengampunan, bulan yang digandakan pahala bagi mereka yang melakukan ibadah, bulan yang mana semua syaitan dan iblis dibelenggu, bulan yang mana mereka yang diazab oleh Allah di alam barzah direhatkan, pada bulan ini, pintu2 syurga dibuka, pintu2 neraka ditutup bulan Al-Quran, bulan tarbiah, bulan mendidik diri dan jiwa, bulan dimakbulkan doa.begitulah hebatnya dan istimewanya bulan ramadan.


Ali bin Abi Talib berkata : ”Sewaktu Rasulullah duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang yahudi lalu berkata ; ” Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s yang tidak diberikan kecuali kepada nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.
Lalu Rasulullah bersabda. ”Silakan bertanya”
Bertanya orang yahudi tadi : ” Wahai Muhammad, terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada ibadah puasa”
Sabda Rasulullah  : ”Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadan dengan ikhlas kepada Allah , dia akan diberikan oleh Allah 7 perkara:
1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya. Iaitu daging yang tumbuh daripada makanan yang haram.
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberikan oleh Allah sebaik-baik amalan.
4. Diringankan baginya siksa kubur. Iaitu siksa yang amat mengerikan.
5. Diberikan cahaya oleh Allah pada hari kiamat untuk menyeberangi titian sirat.
6. Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.
7. Allah akan memberikannya syurga.
Kata orang yahudi ; ”Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami kelebihanmu diantara semua para nabi”
Sabda Rasulullah : ” Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari akhirat:.
Kata orang yahudi : ” Benar apa yang kamu kata itu Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla ilaha illallah...........



2. Pelajar-pelajar yang dikasihi, sesungguhnya  puasa ramadan yang kita lakukan ini sebenarnya boleh menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Sabda rasulullah


Yang bermaksud : Barang sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan kesungguhan, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

3. Ibadah puasa yang kita lakukan dibulan ramadan ini, merupakan perintah Allah. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah :

Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas umat-umat yang terdahulu dari kamu, semoga kamu bertakwa.

Ibadah puasa ini merupakan perintah Allah. Dan kita sebagai orang beriman wajib melakukan, hendaklah kita lakukan dengan sebaik mungkin, agar puasa kita tidak menjadi sia-sia.

Sabda Rasulullah:


Maksudnya : Berapa ramai orang yang berpuasa mereka tidak mendapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga.

Para ulamak telah menerangkan menerusi hadis ini, mereka berpuasa tetapi mereka tidak dapat apa-apa, yang pertama kerana mereka berpuasa akan tetapi mereka berbuka dengan perkara-perkara haram, atau hasil dari rezeki yang haram. Yang kedua : mereka hanya puasa mulut dan perut sahaja, manakala pancaindera yang mereka miliki tidak berpuasa.
-         Mereka ada mata, tetapi mata mereka tidak berpuasa, lantaran memandang perkara-perkara yang haram.
-         Mereka ada telinga, tetapi telinga mereka tidak puasa, kerana mendengar perkara-perkara yang haram,
-         Mereka ada mulut, tetapi mulut mereka tidak puasa, kerana mengeluarkan kata-kata kesat, mengumpat, mencela dan membuat cacian.
-         Mereka ada tangan dan kaki, tetapi tangan dan kaki mereka tidak berpuasa.
Anak-anak sekelian, puasa yang kita lakukan bukan sekadar menahan diri kita dari makan dan minum, akan tetapi, menahan segala anggota dan pancaindera kita dari melakukan perkara-perkara yang ditegah dan dilarang oleh Allah.

4. Pelajar-pelajar, puasa yang kita lakukan tidak boleh kita pandang ringan, tidak boleh main-main. Akan tetapi hendaklah kita lakukan dengan penuh kesungguhan, Kita tidak boleh menunaikannya mengikut keinginan kita. Masa kita hendak puasa, kita puasa, masa kita malas kita tinggalkannya. Maka rugilah orang yang membatalkan puasanya dengan sengaja dibulan ramadan ini. Maka malanglah mereka dengan sengaja tidak berpuasa, mereka yang sengaja berbuka . Kerana Sabda rasulullah, Barangsiapa yang meninggalkan puasa dibulan ramadan tanpa sebarang keuzuran atau sakit, maka ia tidak akan dapat mengqada’ atau menggantikannya walaupun ia berpuasa sepanjang umurnya.  

5. Bulan ramadan merupakan bulan tarbiah, bulan mendidik jiwa kita, bulan pahala berganda. Oleh itu, marilah kita memperbanyakkan amalan kita, maksud memperbanyakkan itu ialah, kalau bulan-bulan lain kita membaca Al-Quran, dibulan ramadan ini perhebatkan lagi.  Kalau bulan-bulan lain kita bersembahyang, dibulan ramadan ini, kita tambah lagi dengan solat tarawih, witir dan qiam. Sesungguhnya orang yang berpuasa disiang hari, dan menghidupkan waktu malamnya, mereka ini mendapat rahmat dari Allah, pengampunan dari Allah dan dibebaskan dari neraka. Sabda rasulullah:



Maksudnya : Ramadan, awalnya kerahmatan, pertengahannya keampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka.
Maka beruntunglah mereka yang berpuasa. Mereka dapat  rahmat / pengampunan/ bebas dari api neraka.

6. Penutup : Marilah sama-sama kita melakukan ibadah puasa ini dengan sebaik mungkin.

Hadis rasulullah :

Sesungguhnya bagi orang berpuasa mendapat 2 kegembiraan, pertama kegembiraan ketika berbuka puasa, kedua kegembiran bertemu dengan Allah.

Gembira tak kita berbuka puasa???? Gembira kan... tak de orang yang sedih dan meleleh air mata ketika berbuka puasa.
Sudah pasti, kita akan lebih rasa gembira, diakhirat nanti, apabila bertemu dengan Allah.

Sekian. Assalamualaikum.












Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka-Teki ) :       Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?”   Murid 1 = ” Orang tua ”   Murid 2 = ” Guru ”   Murid 3 = ” Teman ”   Murid 4... = ” Kaum kerabat ”   Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati” ( Surah Ali-Imran :185).       Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”   Murid 1 = ” Negeri Cina ”   Murid 2 = ” Bulan ”   Murid 3 = ” Matahari ”   Murid 4 = ” Bintang-bintang ”   Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.       Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”   Murid 1 = ” Gunung ”   Murid 2 = ” Matahari ”   Murid 3 = ” Bumi ”   Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179) Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”       IMAM GHAZALI = ” Apa yang paling berat didunia? ”   Murid 1 = ” Baja ”   Murid 2 = ” Besi ”   Murid 3 = ” Gajah ”   Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka karena gagal memegang amanah.”       Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”   Murid 1 = ” Kapas”   Murid 2 = ” Angin ”   Murid 3 = ” Debu ”   Murid 4 = ” Daun-daun”   Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SHOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan sholat ”       Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? ”   Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang ”   Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “


RENUNGAN
Ihsan daripada : Ustaz Rizal b Kemis


TANDA SESEORANG ITU MENIPU 


Apabila kita berkomunikasi dengan orang lain, atau melihat orang lain sedang berkomunikasi maka kita dapat mengenalpasti sama ada seseorang itu berkata benar atau sebaliknya.  Berikut adalah beberapa tanda-tanda yang memerlukan kita lebih berhati-hati agar tidak diperdaya oleh si penipu.
Semakin banyak tanda-tanda di bawah dilakukan, semakin serius dustanya.

(i) Tangan memegang-megang leher dan tengkuk (ataupun tengkuk baju).
(ii) Mata terkelip-kelip lebih laju daripada biasa.
(iii) Bibir terkatup lebih rapat daripada biasa.
(iv) Bercakap dengan ayat yang terputus-putus.
(v) Tercari-cari perkataan. “Urmm… anu… anu…”
(v) Membuat pembetulan pada apa yang tadi dipercakapkannya.
(vi) Mata tidak mahu memandang orang yang didustai (ataupun tidak mahu memandang tepat pada kamera).
(vii) Menyorokkan tapak tangan.

Semoga maklumat ini berguna bagi kita semua.

14-cara-menangani-stress


Stress merupakan gejala keseimbangan diri terhadap perubahan sama ada dari luar mahupun dari dalam diri sendiri. Jika seseorang berada dalam keadaan stress, maka keseluruhan pola hidup dan kesihatannya juga terganggu sehingga produktiviti kerjanya menurun. Kenali cara bagaimana untuk menangani stress.

1. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga, raka, pasangan atau kaunselor.

2. Sembahyang serta mengingati Tuhan dan menyerahkan segala usaha kepada-Nya.

3. Lakukan ‘mental-excercise’. Biarkan otot-otot berehat, atur nafas dan bayangkan perkara-perkara yang sejuk dan menyamankan. Lakukan selama 20 minit, ia berupaya juga mengurangkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kesukaran tidur.

4. Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman.

5. Mengubah susun atur alatan atau perabot di rumah. Lakukan bersama keluarga untuk mendapatkan suasana persekitaran baru.

6. Membentuk pengurusan masa yang baik.

7. Menerima stress sebagai sebahagian daripada hidup. Stress adalah keperluan dalam kehidupan untuk kita bergerak ke hadapan serta untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

8. Bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Pilihlah orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang menyebabkan tekanan kepada kamu.

9. Terima kelebihan dan kekurangan diri sendiri.

10. Jangan terlalu memikirkan kritikan yang diterima. Anggaplah kritikan sesuatu yang membina. Jika kritikan itu keterlaluan, ajaklah berbincang dengan cara baik.

11. Lakukan perubahan yang baik terhadap diri kamu. Bersedialah utnutk menerima saranan daripada orang lain dan belajar untuk berkompromi.

12. Jaga hubungan baik dengan orang lain. Hubungan yang baik menjamin kehidupan bahagia.

13. Ketawa dan berseronoklah. Ketawa adalah respon psikologi terhadap humor, jadi lakukan humor untuk mengawal situasi yang tegang.

14. Bergaul dengan orang positif kerana ia membuatkan kita berasa turut positif dan selesa



 Santapan Rohani
Menggapai keberkatan dalam belajar
 

BISMILLAH…

Setiap insan sentiasa mengharapkan keberkatan daripada Allah SWT. Dengan memperolehi ‘barakah’, seseorang itu akan mendapat kebahagiaan, ketenangan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Seorang petani yang memperoleh berkat dalam mencari rezeki dapat menyara keluarganya yang ramai, seorang ulama dapat mengarang beratus kitab walau pun beliau meninggal dunia pada usia muda seperti Imam al-Nawawiy dan sebekas susu dapat diminum oleh sebilangan orang seperti mana yang diriwayatkan dalam kitab Sahih al-Bukhari.

Apakah maksud berkat dan bagaimana cara seorang pelajar memperolehi berkat dalam pelajaran?

Berkat boleh diertikan dengan kebaikan yang berlipat kali ganda atau mendapat ganjaran yang banyak. Kebaikan di sini umum merangkumi kebaikan di dunia dan di akhirat. Keberkatan adalah hak milik Allah dan Dia mengurniakan berkat kepada sesiapa yang dikehendakiNya.


Keberkatan bukanlah diukur dengan kejayaan yang dicapai di dunia semata-mata. Keberkatan ini merangkumi kejayaan di akhirat iaitu mendapat keredaan Allah. Seorang yang mengingkari perintah Allah boleh mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan dengan berusaha dengan gigih dan tekun. Namun dia akan mendapat kemurkaan Allah di akhirat di atas kefasikannya. Allah memberikan kejayaan kepada sesiapa sahaja yang berusaha keras di dunia sebagaimana kita melihat ramai pelajar yang bukan beragama Islam cemerlang dalam pelajaran. Malah lebih cemerlang daripada pelajar muslim. Ini adalah sunnatullah. Kejayaan yang kita impikan ialah kejayaan di dunia dan di akhirat. Inilah‘Barakah’ yang dicita-citakan.


BAGAIMANA CARA UNTUK MEMPEROLEHI KEBERKATAN ?


1. Menjaga hubungan baik dengan Allah. Sentiasa menjaga solat fardu, menunaikan solat-solat sunat, tilawah al-Quran setiap hari, berpuasa sunat, berzikir, berdoa, menambahkan ilmu agama dan sentiasa cenderung untuk melakukan kebaikan. Perkara ini adalah asas untuk mendapat keberkatan dalam hidup. Semua amal soleh mempunyai keberkatan yang boleh memimpin perjalanan hidup seseorang hamba. Allah tidak akan membiarkan hambanya yang soleh terjerumus ke dalam perkara yang buruk.


2. Memuliakan ibu bapa. Sentiasa mematuhi suruhan mereka. Apa yang mereka lakukan adalah yang terbaik untuk anda. Tiada ibu bapa yang ingin anaknya gagal dalam kehidupan. Pelajar juga hendaklah bercakap dengan sopan, tidak membantah atau menengking mereka dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
Pengorbanan dan jasa mereka tiada tolok bandingnya dan sampai bila-bila pun kita tidak akan mampu membayarnya.

3. Menyanjungi guru. Guru adalah ibu bapa anda yang kedua. Mereka memberi perkara yang ibu bapa anda tidak berikan kepada anda iaitu ilmu. Jasa mereka tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Kejayaan yang anda perolehi merupakan kegembiraan untuk mereka dan kegagalan anda amat mengecewakan mereka. Sanjungi dan muliakan mereka sebaik mungkin. Doakan untuk mereka kebahagiaan dan kesejahteraan. Tegur mereka walau pun anda bukan lagi pelajarnya sekiranya terserempak di mana-mana. Seorang guru tidak akan melupakan wajah pelajarnya sampai bila-bila cuma nama sahaja yang lupa. Cuba bayangkan apakah perasaan seorang guru sekiranya tidak diendahkan oleh bekas anak didiknya. Perkara ini sering dilakukan oleh pelajar yang cemerlang dalam akademik. Ini adalah realiti. Penulis acap kali mendengar rungutan dan kekecewaan oleh ramai guru tentang perkara ini.

4. Menjaga hubungan baik dengan rakan-rakan pelajar yang lain. Sentiasa berbaik sangka, membantu pelajar yang meminta bantuan sama ada berkaitan dengan pelajaran atau sebagainya. Sentiasa memberi dorongan antara satu sama lain. Jangan sekali-kali berlaku permusuhan dan pergaduhan dengan pelajar yang lain. Sekiranya berlaku perselisihan hendaklah sabar dan berlapang dada. Antara perkara yang paling dibenci oleh Allah ialah memutuskan silaturahim sehingga Allah mengharamkan syurganya kepada sesiapa yang gemar memutuskan silaturahim.

5. Menjauhi perkara haram dan sia-sia. Dosa dan maksiat yang dilakukan akan menghilangkan keberkatan dalam hidup. Ilmu adalah sesuatu yang suci. Bagaimanakah sesuatu yang suci akan berada di hati yang kotor?. Antara perkara yang yang perlu dijauhi ialah ‘couple’. Tetapi malangnya begitu ramai pelajar yang terlibat dengannya. Budaya tidak sihat ini amat membimbangkan dan berleluasa di semua peringkat pendidikan. Sehingga mereka ada pasangan dikira normal dan tiada pasangan dianggap pelik. Jangan cuba berjinak-jinak dengan perkara yang dilarang oleh agama ini. Setiap larangan mempunyai beribu hikmah di sebaliknya.

6. Sentiasa bersyukur dan merendah diri. Anda hendaklah menganggap kejayaan yang diperolehi adalah kurniaan dan ujian daripada Allah. Ingat! Nikmat itu boleh diambil bila-bila masa oleh Allah. Perbuatan tidak mensyukuri nikmat Allah dan sombong amat dimurkai oleh Allah. Penyakit sombong ini jangan ada di hati kita walau sekecil mana sekali pun kerana sifat ini akan menghumban kita ke neraka sebagaimana mafhum sabda Rasulullah saw.


Semoga enam perkara ini dapat dijadikan pegangan agar pembelajaran anda setiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT.


Jangan biadap kepada ibu bapa



Baru-baru ini kita digemparkan dengan kisah yang anak-anak derhaka yang sanggup membuangkan bapa mereka yang telah dimamah usia sehingga terpaksa merempat meminta belas ihsan orang lain.


Dalam kes yang pertama seorang bapa yang baru sahaja menjalani pembedahan jantung ditinggalkan di sebuah perhentian bas kerana dikatakan kehadirannya tidak disukai oleh isteri anaknya lalu kewujudan beliau dirumah boleh menjejaskan keharmonian rumahtangga mereka.




Dalam kes kedua pula seorang bapa yang sedang mengidap penyakit buah pinggang kronik dianggap sebagai beban bagi anak-anak kerana perlu menghantar bapa mereka ke pusat hemodialisis lalu ditinggalkan bapanya yang sedang sakit itu dipusat tersebut


Maka tercampaklah kedua-dua bapa yang suatu ketika dulu telah bertungkus-lumus membanting tulang untuk membesarkan anak-anak mereka di rumah orang-orang tua Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Apa yang lebih mendukacitakan sifat tidak berperikemanusiaan ini timbul dari kalangan mereka yang mengaku sebagai orang Islam sedangkan Islam telah mencela dengan keras perbuatan seumpama ini. Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654


Lihatlah bagaimana dosa menderhaka kepada ibubapa ini diletakkan dalam satu kategori bersama dosa mensyirikkan Allah S.W.T. iaitu dosa yang paling keji di atas muka bumi ini.


Di sisi lain Allah S.W.T. berfirman: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.” – al-Nisaa’ (4) : 36


Di dalam ayat ini setelah Allah memerintahkan hamba-Nya untuk mengtauhidkan-Nya dan mengerjakan ibadat kepada-Nya, Allah S.W.T turut menyuruh hamba-hamba-Nya agar menjaga kedua ibubapa mereka dengan baik.


Dalam ertikata lain seseorang itu tidak dianggap memiliki kemantapan iman serta ibadatnya juga belum dianggap sempurna selagi dia tidak berbuat baik kepada orang tuanya.


Keredhaan Allah S.W.T terhadap hamba-Nya juga bergantung kepada bagaimana seseorang itu menjaga hal ehwal ibubapanya.


Rasulullah s.a.w. bersabda: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” – Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 1821.


Menerusi hadis ini dapat kita fahami bahawa hubungan seseorang insan itu dengan Allah S.W.T. akan terjejas sekiranya dia menderhaka kepada ibubapanya. Sikap kurang ajar seorang anak kepada ibubapa bakal mengundang kemurkaan Allah S.W.T. sehingga Allah tidak lagi meredhai anak tersebut.


Justeru Islam telah mengajar penganutnya agar sentiasa berusaha untuk menggembirakan ibubapa lebih-lebih lagi yang telah lanjut usianya dengan apa jua cara selagimana ia tidak bercanggah dengan syarak. Islam melarang seseorang itu sama sekali untuk bersikap kasar kepada ibubapanya.


Firman-Nya: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” – al-Israa’ (17 : 23).


Menjaga ibubapa yang sudah tua memang bukan satu urusan yang mudah. Kebiasaanya tubuh yang telah dimamah usia menyebabkan pergerakan mereka terbatas bahkan adakalanya memerlukan bantuan daripada anak-anak. Jiwa mereka juga semakin sensitif, kuat terasa hati, bahkan agak cerewet dalam banyak perkara. Ada juga yang telah mula lemah daya ingatannya menyebabkan perbualan dengan mereka adakalanya boleh menyebabkan seseorang anak itu hilang sabar.


Namun kesukaran dalam menjaga ibubapa ini tidak datang dengan sia-sia. Bagi mereka yang sabar dengan kerenah ibubapa mereka dan tetap menjaga mereka dengan baik dalam apa jua suasana maka mereka sebenar telah menempah tiket untuk ke syurga. Rasulullah s.a.w. pernah mencela bagi mereka yang memiliki ibubapa yang telah lanjut usia mereka namun masih tidak mampu untuk memasuki syurga.


Baginda pernah bersabda: “Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!” Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab: “Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 2551


Kedudukan istimewa seorang ayah dan ibu itu semakin terserlah apabila Rasulullah s.a.w tidak membenarkan seseorang itu melaksanakan satu misi yang besar lagi penting dalam urusan dakwah sekiranya ia bakal mengundang kesedihan kepada ibubapanya atau tidak mendapat keizinan dari mereka.


Ketika peristiwa hijrah terdapat seorang sahabat yang telah datang kepada baginda dengan memberi taat setia (bai’ah) untuk turut berhijrah namun perbuatannya ini telah menyebabkan kedua ibubapanya menangis. Maka rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya: “Kembalilah kepada mereka berdua dan jadikanlah mereka berdua ketawa (gembirakanlah mereka) sebagaimana kamu jadikan mereka menangis.” – Hadis riwayat Imam al-Nasaa’i di dalam Sunannya, no: 4093.


Di dalam peristiwa yang lain seorang lelaki dari Yaman telah berhijrah kepada Rasulullah s.a.w. untuk berjihad bersama baginda namun apabila baginda mendapati dia belum mendapat keizinan daripada kedua ibubapanya maka baginda bersabda: “Kembalilah kepada mereka berdua dan mintalah izin daripada mereka berdua. Jika mereka mengizinkan kau maka berjihadlah akan tetapi (jika tidak) maka berbuat baiklah kepada mereka berdua.” – Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya. no : 2168. Lihatlah bagaimana berbakti kepada ibubapa itu lebih utama berbanding dua perkara yang begitu penting dalam Islam iaitu peristiwa hijrah dan juga jihad.


Berhati-hatilah bagi anak-anak yang pernah melukakan hati kedua orang tua mereka. Janganlah tindakan mereka itu sehingga menyebabkan ibu mahupun bapa mereka mendoakan keburukan terhadap anak-anak mereka kerana doa mereka yang telah dizalimi dan doa ibubapa itu pasti makbul. Rasulullah pernah bersabda: “Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul tanpa diragui lagi, doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 1828.


Sikap biadap kepada ibubapa ini turut bertentangan dengan budaya orang Melayu yang terkenal dengan tatasusila yang tinggi serta lemah lembut. Entah mana silapnya sifat jelik menghina dan membuang bapa sehingga merempat di tepi jalan ini boleh wujud di tengah-tengah masyarakat Melayu yang beragama Islam. Penduduk sekeliling perlu menghukum mereka yang menzalimi orang tua mereka dengan memboikot mereka dalam urusan harian agar mereka tahu perbuatan mereka itu tidak diterima oleh masyarakat. Jangan kita berlembut dengan si penderhaka yang tidak tahu mengenang jasa orang tuanya itu. Sekiranya terhadap bapanya yang telah membesarkannya sanggup dizalimi, apakah yang menghindarkannya dari menzalimi jiran tetangga?


Secara realitinya setiap manusia sememangnya tidak boleh lari dari melakukan kesilapan namun hendaklah seseorang itu menebus apa jua kesilapannya dengan tidak meneruskan perbuatan tersebut serta bertaubat. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Setiap anak adam itu sering berbuat ksilapan dan sebaik-baik orang yang selalu berbuat kesilapan adalah orang-orang yang suka bertaubat." – Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 2423.


Sehubungan dengan itu bagi mereka yang telah menderhaka kepada orang tua mereka, hendaklah kembali ke pangkal jalan. Bertaubatlah dengan segera kerana Allah sentiasa menerima taubat hamba-hambanya-Nya walau sebesar mana dosa mereka selagi tidak melakukan perbuatan syirik. Segeralah memohon keampunan kepada ibubapa yang telah dizalimi itu dan jangan ulangi kesilapan yang lalu. Kembalikankan mereka kepangkuan keluarga, jagalah mereka dengan baik dan jangan biarkan mereka terus bersedih di rumah orang-orang tua seolah-olah mereka ini tiada zuriat yang bertanggung-jawab atas hal ehwal mereka.