Selamat Mengulangkaji Kepada Semua Murid Tingkatan 3 dan 5 yang bakal menghadapi PT3 dan SPM 2015! Fokus dan jangan tinggal solat .

KERJAYA

SKIM GAJI BARU ASKAR LULUSAN SPM DAN IJAZAH! | Gaji pokok permulaan anggota tentera berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melonjak daripada kira-kira RM800 kepada RM1,125 sebulan berikutan pelaksanaan skim gaji baru Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa 16 Januari 2012 lalu. Skim dirancang lebih awal sebelum Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diperkenalkan itu juga menyaksikan kenaikan gaji kemasukan bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda daripada RM2,100 sebelum ini kepada RM2,400, sebulan.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata imbuhan itu sejajar dengan Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan ATM perkhidmatan terkanan di negara ini. Bagaimanapun katanya, akibat kelewatan semakan gaji ATM sebelum ini, gaji anggota tentera menjadi agak ketinggalan berbanding perkhidmatan awam lain dengan semakan semula ke atasnya hanya dapat diselesaikan baru-baru ini.
Melalui skim baru ini juga, anggota prebet muda yang menyertai ATM ketika berusia 18 tahun boleh berkhidmat sehingga usia 45 tahun iaitu perkhidmatan maksimum selama 27 tahun. Melalui skim baru ini juga hanya dua kemasukan ke dalam perkhidmatan ATM akan dibuat iaitu melalui SPM dan Ijazah Sarjana Muda dengan semakan ke atas kemasukan kelayakan diploma sedang dilakukan.

1. http://static.jobsmalaysia.gov.my/html/jobsm/masco/ms/Kumpulan-utama_2.pdf










PAKAIAN SEMASA TEMUDUGA

Apa Yang Patut Di Pakai?

1. Wangian
 
Pada hari temuduga, sebelum anda mula mengenakan pakaian, satu perkara yang perlu anda elak adalah memakai wangian melampau, cukup sekadar menghilangkan bau badan sahaja. Mungkin sudah menjadi kebiasaan dan rutin harian anda sebelum atau selepas memakai pakaian, anda perlu menyembur minyak wangi atau aftershave kegemaran. Tujuannya adalah untuk memberikan lebih keyakinan. Namun perlu diingat jangan memakainya ketika menghadiri sesi temuduga. Anda pastinya tidak mahu memberi gangguan kepada penemuduga. Mereka mungkin tidak menyukai pewangi anda seperti anda menyukainya. 

2. Pakaian
 
-Temuduga formal
Adalah amat penting anda mengambil tahu syarikat yang akan anda hadiri temuduga itu memerlukan anda memakai pakaian lebih formal. Jika anda perlu memakai sut, gayakan ia bersama tali leher dan kemeja bersesuaian. Biasanya syarikat yang mengamalkan pemakaian lebih formal termasuklah pembankan, perundangan ataupun broker. Pilih sut berwarna hitam, kelabu gelap atau biru gelap. Kemeja biru adalah padanan tepat kerana ia sesuai dengan kebanyakan warna kulit dan sesuai untuk dikoordinat dengan kebanyakan warna sut. Pilih juga tali leher yang sepadan dengan warna kemeja atau sut.

-Temuduga semi formal
 
Sesetengah industri yang semi formal atau kurang formal seperti pembangunan pengisian komputer dan syarikat teknologi tidak memerlukan anda memakai sut. Walaubagaimanapun adalah perlu anda memakai pakaian yang lebih menarik daripada apa yang dipakai pekerja lain di syarikat tersebut. Jadi pilihlah sesuatu yang lebih dressy tetapi kasual. Pilihan pakaian yang sesuai termasuklah seluar slack atau khakis yang digosok kemas. Kemeja tanpa membutangkan bahagian leher dan sudah tentu sepasang kasut serta tali pinggang sesuai. Untuk kelihatan lebih menarik, padankan dengan blazer. Pilih blazer berwarna navykhakis. dan padankan dengan

3. Kasut dan Tali Pinggang
Ambil perhatian terhadap perincian dalam cara berpakaian. Contohnya pilihan warna kasut perlulah sama dengan warna tali pinggang yang dipakai. Pilih kasut kulit berwarna hitam sekiranya pakaian anda berwarna gelap seperti kelabu gelap, navy, coklat atau hitam. Kasut coklat gelap boleh dipadankan dengan pakaian berwarna sederhana gelap. Ingat dan sangat penting perlu diambil perhati. Pastikan kasut yang dipakai ke sesi temuduga berkilat dan bersih. Sebarang tanda yang terdapat pada kasut membuatkan anda kelihatan tidak kemas. 

4. Aksesori 
 
Ketika menghadiri temuduga, anda juga disarankan untuk mengurangkan pemakaian aksesori. Tidak perlu membawa beg besar untuk mengisi portfolio, resume, rujukan atau lain-lain kerja, sekadar masukkan ia dalam satu fail. Lelaki juga perlu mengurangkan barangan kemas, cukuplah sekadar jam tangan atau kafling jika anda memakainya. Subang, rantai, dan gelang bukan material temuduga. Tidak kira apa jua industri, elak memakai barang kemas yang tidak perlu.



PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIPATUHI OLEH CALON SEMASA MENGHADIRI TEMU DUGA

1. Mematuhi Etika Pakaian Yang Ditetapkan

Etika Pakaian Lelaki
  • Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja (tuck-in);
  • Memakai kasut dan berstokin;
  • Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan;
  • Sandal/selipar tidak dibenarkan;
Rambut Lelaki
  • Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju;
  • Fesyen rambut tidak keterlaluan;
  • Rambut tidak boleh diwarnakan.
Etika Pakaian Perempuan
  • Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata;
  • Baju mesti berlengan panjang atau paras siku dan tidak ketat serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan;
  • Solekan, aksesori dan pewangi secara sederhana;
  • Sandal/selipar tidak dibenarkan;
  • Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.
Rambut Perempuan 
  • Bertudung
  • Rambut tidak boleh diwarnakan;
  • Fesyen rambut tidak keterlaluan


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU



KURSUS PERGURUAN LEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
AMBILAN JUN 2011



Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah :

A. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) :
. Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kepujian)

B. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara :
.  Fizik
.  Kimia
.  Biologi
.  Matematik
.  Pendidikan Khas
.  Bahasa Cina

C. Program Kembar Bahasa Perancis :
.  Bachelor of Arts Degree in Sciences of Language and Information Specializing in Teaching French As Foreign Language

D. Program Kembar Bahasa Jerman :
.  Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan

1.  SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

1.1 Warganegara Malaysia.

1.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991.

1.3 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.

1.4 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.

1.5
Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran.


DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut :


1.5.1 Bahasa Melayu


1.5.2 Sejarah


1.5.3 Satu mata pelajaran yang lain serta ;


1.5.4 lulus Bahasa Inggeris

1.6 Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).



2. PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

2.1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)


2.1.1
Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi-institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.


2.1.2
Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas bulan di institut berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.


2.1.3
Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.2 Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara


2.2.1
Program ini ditawarkan kepada calon-calon lepas SPM yang menepati syarat asas dan syarat tambahan yang ditetapkan bagi mengikuti program Ijazah Pertama di universiti terkemuka di luar negara dalam bidang Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Pendidikan Khas dan Bahasa Cina.


2.2.2
Bagi mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC), calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya, 7 cemerlang termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

2.3 Program Kembar Bahasa Perancis


2.3.1 Program ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis Bahasa Perancis serta memiliki sekurang-kurangnya Delf 1.

2.4 Program Kembar Bahasa Jerman


2.4.1 Program ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis dalam Bahasa Jerman.



3. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN:

3.1 Sekolah Kebangsaan (SK)


1. Pendidikan Prasekolah 12. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah
2. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah 13. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah
3. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah 14. Pendidikan Sejarah Pendidikan Rendah
4. Bahasa Arab Pendidikan Rendah 15. Pendidikan Bimbingan Pendidikan Rendah
5. Bahasa Tamil (SK) Pendidikan Rendah 16. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
6. Bahasa Cina (SK) Pendidikan Rendah 17. Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
7. Bahasa Iban Pendidikan Rendah 18. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
8. Bahasa Kadazan Dusun Pendidikan Rendah 19. Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
9. Matematik Pendidikan Rendah 20. Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
10. Sains Pendidikan Rendah 21. Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
11. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah





3.2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)


1. Pendidikan Prasekolah 10. Pendidikan Sejarah Pendidikan Rendah
2. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah 11. Pendidikan Bimbingan Pendidikan Rendah
3. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah 12. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
4. Bahasa Cina Pendidikan Rendah 13. Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
5. Matematik Pendidikan Rendah 14. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
6. Sains Pendidikan Rendah 15. Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah 16. Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah 17. Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
9. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah





3.3 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)


1. Pendidikan Prasekolah 10. Pendidikan Sejarah Pendidikan Rendah
2. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah 11. Pendidikan Bimbingan Pendidikan Rendah
3. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua Pendidikan Rendah 12. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
4. Bahasa Tamil Pendidikan Rendah 13. Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
5. Matematik Pendidikan Rendah 14. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
6. Sains Pendidikan Rendah 15. Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah 16. Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah 17. Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
9. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah



4. CARA MEMOHON

4.1
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 07 Mac 2011.

4.2
Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.

4.3
Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

4.4
Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.

4.5
Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.

4.6
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.



5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 21 MAC 2011



6. Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :




BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
No. Telefon : 03-888441260/1254/1253/1371/1235




URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah
No Telefon : 088 236804




URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak
No Telefon : 082 258045



7. MAKLUMAN DAN PERHATIAN

7.1
Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.

7.2 Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.

7.3
Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).

7.4
Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.

7.5
Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.

7.6
Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.



8. PENDAFTARAN

Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 20 Jun 2011 (tarikh tertakluk kepada pindaan). Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.



9. IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.




BENTUK PENGAJIAN YANG DITAWARKAN



Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Bentuk Pengajian
Tempat
Tempoh
Kursus Persediaan Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan
3 semester
Pengajian Ijazah Pertama (Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian) Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan
8 semester


Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara
Bentuk Pengajian
Tempat
Tempoh
Kursus Persediaan Kolej Persediaan KPM
2-4 semester (mengikut kolej pengajian)
Pengajian Ijazah Pertama (Matematik, Fizik, Kimia,Biologi, Pendidikan Khas) Universiti Terkemuka Luar negara (UK, Australia atau New Zealand)
6-7 semester (mengikut kolej pengajian)
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Institut Pendidikan Guru Malaysia yang akan ditetapkan oleh KPM
2 semester
Institusi yang mengendalikan Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik, Fizik, Kimia, Biologi dan Pendidikan Khas) :
a. International Education Centre (INTEC), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Seksyen 17, Shah Alam, Selangor
b. Taylor's University, Subang Jaya, Selangor
c. Kolej Yayasan United Engineers Malaysia (UEM), Lembah Beringin, Tanjung Malim, Perak.


Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Bagi Bidang Bahasa Cina
Bentuk Pengajian
Tempat
Tempoh
Kursus Persediaan Beijing Foreign Studies University,Beijing, China
2 semester
Pengajian Ijazah Pertama (Ijazah Sarjana Muda Bahasa Cina sebagai Bahasa Kedua) Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan
8 semester
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan
2 semester


Program Kembar Bahasa Perancis
Bentuk Pengajian
Tempat
Tempoh
Kursus Persediaan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
2 semester
Pengajian Ijazah Pertama (Bahasa Perancis) Universiti Terkemuka Negara Perancis
6 semester
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
2 semester


Program Kembar Bahasa Jerman
Bentuk Pengajian
Tempat
Tempoh
Kursus Persediaan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
4 semester
Pengajian Ijazah Pertama (Bahasa Jerman) Universiti Malaya
6 semester
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
2 semester


Catatan : Bentuk pengajian yang ditawarkan tertakluk kepada perubahan






 .