Selamat Mengulangkaji Kepada Semua Murid Tingkatan 3 dan 5 yang bakal menghadapi PT3 dan SPM 2015! Fokus dan jangan tinggal solat .

Jumaat, 9 Oktober 2009

SALAM AIDILFITRI DAN SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR, PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN DAN SPM

Pada kesempatan Syawal ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada warga SMK Jelai (Felda). Semoga Ramadhan yang berlalu memberikan seribu keinsafan diri dan dipanjangkan umur untuk bertemu semula dengannya di tahun hadapan.
Bulan Oktober ini juga turut dikenali sebagai bulan menghadapi peperiksaan. Justeru, Unit Bimbingan dan Kaunseling turut mengucapkan Selamat Menghadapi PMR, Peperiksaan Akhir Tahun dan SPM untuk tahun 2009. Semoga anda mendapat kejayaan yang cemerlang setimpal dengan usaha yang dilakukan...Insya'Allah!