Selamat Mengulangkaji Kepada Semua Murid Tingkatan 3 dan 5 yang bakal menghadapi PT3 dan SPM 2015! Fokus dan jangan tinggal solat .

Isnin, 12 Oktober 2009

Jalinan Mesra Aidilfitri 2009

SMK Jelai (Felda), Gemas, Negeri Sembilan akan mengadakan sambutan hari raya, iaitu Jalinan Mesra Aidilfitri 2009 pada 14 Oktober 2009 (Rabu). Program ini dirancang bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara murid dan guru yang sedia terjalin, di samping salah satu usaha membudayakan sikap hormat-menghormati, kerjasama dan toleransi yang menjadi teras KEMPEN HORMAT dan SALAM 2009.

Murid-murid dikehendaki sama-sama membawa kuih-muih ataupun juadah raya dari rumah sekiranya ada dan masing-masing perlu membawa pinggan, cawan, sudu dan garpu sendiri untuk makanan yang disediakan.

Walaupun murid dan guru dibenarkan memakai baju raya masing-masing, namun, kesantunan dan kesopanan dalam etika berpakaian haruslah diikuti:-
1. Murid lelaki dikehendaki memakai baju melayu lengkap bersamping, manakala murid perempuan berbaju kurung (tidak menampakkan aurat dan susuk tubuh) dan bertudung.
2. Semua murid dikehendaki memakai kasut. Selipar dan sandal tidak dibenarkan sama sekali.