Selamat Mengulangkaji Kepada Semua Murid Tingkatan 3 dan 5 yang bakal menghadapi PT3 dan SPM 2015! Fokus dan jangan tinggal solat .

Sabtu, 30 Januari 2010

BENGKEL KEMAHIRAN BELAJAR TINGKATAN 1& MOTIVASI MENJANA KECEMERLANGAN T.5 (2010)

SMK JELAI(F) GEMAS 28 Januari ( Khamis), UBK telah melaksanakan satu bengkel kemahiran belajar untuk tingkatan satu di Dewan Bestari. Penceramah dan fasilitator dijemput khas dari Kolej PTPL Seremban. Antara kemahiran belajar yang telah dibengkelkan ialah teknik mengingat berkesan dan pengurusan masa. Program ini ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 11.00pg. Semua pelajar tingkatan satu mengambil bahagian dan diharapkan dapat membantu mereka dalam meningkatkan keberkesanan cara belajar mereka.

Pada jam 12.00tgh. hingga 2.30 ptg, pelajar tingkatan lima pula mengikuti ceramah motivasi yang bertajuk "Menjana kecemerlangan" yang juga telah disampaikan oleh pensyarah dari kolej yang sama. Para pelajar yang terlibat kelihatan seronok dengan aktiviti yang di selang-selikan dengan ceramah yang disampaikan. Suntikan motivasi yang diberi, bertujuan untuk merangsang pelajar tingkatan 5 agar teruja untuk berusaha dari sekarang bagi menghadapi SPM pada akhir tahun ini. Banyak contoh pelajar yang berjaya telah dipaparkan termasuk seorang bekas pelajar sekolah ini yang juga anak seorang peneroka.

Program dapat berjalan dengan lancar atas kerjasama semua pihak yang terlibat. UBK mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli jawatan kuasa yang terbabit. Pihak sekolah juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kolej PTPL kerana telah banyak menabur jasa dan sumbangan kepada sekolah ini.