Selamat Mengulangkaji Kepada Semua Murid Tingkatan 3 dan 5 yang bakal menghadapi PT3 dan SPM 2015! Fokus dan jangan tinggal solat .

Rabu, 25 Julai 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!

Alhamdulillah... bertemu lagi kita dengan bulan yang Allah janjikan banyak ganjaran pahala untuk kita rebut apabila kita mengerjakan ibadat-ibadat wajib dan sunat dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Marilah kita sama-sama meningkatkan (upgrade) amalan kita di bulan ini. Kalau dulu kita sering solat di akhir waktu, kita usahakanlah untuk solat di awal waktu. Kalau dulu solat bersendirian, ambillah keberkatan Ramadhan ini untuk solat berjemaah di surau/masjid. Kalau dulu tidak bersahur, latihlah diri untuk bangun bersahur biarpun hanya minum segelas air dan sebiji tamar, tanpa sebarang alasan. Jika mempunyai kekuatan dan kelapangan waktu, lakukanlah solat-solat sunat... insya'Allah.

Selamat berpuasa, selamat beribadat!