Selamat Mengulangkaji Kepada Semua Murid Tingkatan 3 dan 5 yang bakal menghadapi PT3 dan SPM 2015! Fokus dan jangan tinggal solat .

Selasa, 20 Oktober 2009

Program Selepas PMR 2009 - Minggu Kedua

Isnin (19 Okt) 8-10pg Ceramah SM Teknik, 10.30-1ptg Taklimat Pakej Matapelajaran T4/Bidang Bahasa, 1-2ptg Solat Zohor & Tazkirah Selasa (20 Okt) 8-10pg Senamrobik/Akt Panitia PJK, 10-1ptg Taklimat Bidang Teknik & Vokasio

Khamis, 15 Oktober 2009

Program Selepas PMR SMK Jelai (F) 2009 - Minggu Pertama

MINGGU 1

14 Okt 2009 (Rabu)
07.20- 07.45 pg Perhimpunan harian, mengambil kedatangan murid
07.45- 09.00 pg Watikah Kenaikan Pangkat Unit-unit Beruniform
10.30- 01.00 ptg Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri 2009
01.00- 02.00 ptg Solat Zohor berjemaah, tazkirah

15 Okt 2009 (Khamis)
07.20- 07.30 pg Perhimpunan harian, mengambil kedatangan murid
07.30- 07.45 pg English Day Session
08.00- 10.00 pg Taklimat Program Selepas PMR
10.00- 10.30 pg Rehat
10.30- 11.30 pg Ice Breaking
11.30- 01.00 ptg Soal-selidik Inventori Personaliti Sidek (IPS)
01.00- 02.00 ptg Solat Zohor berjemaah, tazkirah

16 Okt 2009 (Jumaat)
07.20- 08.10 pg Bacaan Yaasin, Solat Hajat, Solat Dhuha
08.10- 08.45 pg Taklimat Pengetua/ Informasi UBK
08.45- 09.50 pg Tayangan Video 1
09.50- 10.10 pg Rehat
10.10- 12.10 tgh Soal Selidik Inventori Personaliti Warna (IPW)

Isnin, 12 Oktober 2009

Jalinan Mesra Aidilfitri 2009

SMK Jelai (Felda), Gemas, Negeri Sembilan akan mengadakan sambutan hari raya, iaitu Jalinan Mesra Aidilfitri 2009 pada 14 Oktober 2009 (Rabu). Program ini dirancang bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara murid dan guru yang sedia terjalin, di samping salah satu usaha membudayakan sikap hormat-menghormati, kerjasama dan toleransi yang menjadi teras KEMPEN HORMAT dan SALAM 2009.

Murid-murid dikehendaki sama-sama membawa kuih-muih ataupun juadah raya dari rumah sekiranya ada dan masing-masing perlu membawa pinggan, cawan, sudu dan garpu sendiri untuk makanan yang disediakan.

Walaupun murid dan guru dibenarkan memakai baju raya masing-masing, namun, kesantunan dan kesopanan dalam etika berpakaian haruslah diikuti:-
1. Murid lelaki dikehendaki memakai baju melayu lengkap bersamping, manakala murid perempuan berbaju kurung (tidak menampakkan aurat dan susuk tubuh) dan bertudung.
2. Semua murid dikehendaki memakai kasut. Selipar dan sandal tidak dibenarkan sama sekali.

Sabtu, 10 Oktober 2009

Lanjutan Tarikh Tutup Permohonan Matrikulasi 2010

Salinan daripada Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia:-

Lanjutan tarikh tutup Permohonan Program Matrikulasi Melalui Internet (PMI) Program Matrikulasi, KPM

Sukacita dimaklumkan Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia melanjutkan tarikh tutup Permohonan Program Matrikulasi Melalui Internet (PMI) dari 10 Oktober 2009 kepada 18 Oktober 2009.


Bahagian Matrikulasi
8 Oktober 2009

Jumaat, 9 Oktober 2009

SALAM AIDILFITRI DAN SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR, PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN DAN SPM

Pada kesempatan Syawal ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada warga SMK Jelai (Felda). Semoga Ramadhan yang berlalu memberikan seribu keinsafan diri dan dipanjangkan umur untuk bertemu semula dengannya di tahun hadapan.
Bulan Oktober ini juga turut dikenali sebagai bulan menghadapi peperiksaan. Justeru, Unit Bimbingan dan Kaunseling turut mengucapkan Selamat Menghadapi PMR, Peperiksaan Akhir Tahun dan SPM untuk tahun 2009. Semoga anda mendapat kejayaan yang cemerlang setimpal dengan usaha yang dilakukan...Insya'Allah!